Tips Membersihkan Dapur : 5 Tips Bersihkan Dapur Tempat Memasak

Dapur merupakan salah satu ruangan yang penting di dalam rumah anda. Selain mencari tips memasak, tips membersihkan dapur iaitu tempat memasak menjadi ruangan yang berguna untuk menyimpan bahan makanan yang sihat dan juga belajar pelbagai resepi masakan baru.

Tetapi masalah yang anda hadapi ialah dapur anda seringkali kotor. Disebabkan itu, kebersihan dapur harus diberi penekanan kerana makanan yang kita makan terhasil dari dapur.

Tapi jangan bimbang dan jangan risau, kami akan memberikan tips membersihkan dapur yang efektif.

5 Tips Membersihkan Dapur

1. SEGERA CUCI DAPUR SETELAH DIGUNAKAN

Tips Membersihkan Dapur 1

Tips pertama, pastikan anda segera mencuci dapur setelah digunakan.

Elakkan menyimpan kuali periuk yang tidak dibasuh kerana ia dapat mengaktifkan kulat-kulat yang dapat mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan.

Selain itu, kesan memasak atau sisa yang dibiarkan untuk masa yang lama akan menjadi lebih sukar untuk dibersihkan. Oleh itu, kita perlulah segera mencuci dapur setelah selesai memasak.

Gunakan pencuci yang kuat untuk mengatasi bakteria seperti Sunlight Plus Anti-Bakteria atau mana-mana pencuci yang telah terbukti keberkesanannya dalam membersihkan dan menghapuskan bakteria di dapur dan peralatan lain.

2. AIR PANAS DAN SABUN

Tips Membersihkan Dapur 2

Satu lagi tips yang berguna untuk anda yang nak cepat membersihkan dapur adalah dengan menggunakan air panas dan sabun.

  • Campurkan air panas dan sabun ke dalam bekas dan celupkan tuala ke dalam campuran air tersebut.
  • Seterusnya gosok ke tempat yang terdapat kotoran tersebut.

Segala minyak dan lemak akan terlekat di tuala tersebut.

Cepat pantas dan bersih. Sama la untuk peralatan-peralatan di dapur pun boleh guna air dan sabun juga. Nak mudah tanggal kotoran, rendam semua peralatan dengan campuran air panas dan sabun.

3. SODA BIKARBONAT DAN CUKA UNTUK MEMBERSIHKAN PENUNU DAPUR

Tips Membersihkan Dapur 3

Penunu tempat memasak merupakan tempat yang paling berkerak dan kotor. Pasti anda malas untuk mencuci penunu dapur kerana anda tidak dapat keluarkan kerak tersebut.

Boleh cuba cara ini:

  • Campurkan soda bikarbonat dan sedikit cuka di dalam larutan air panas sehingga terhasilnya satu campuran yang pekat.
  • Gosok campuran tersebut pada bahagian penunu yang berkerak. Biarkan selama 20 minit.
  • Ambil berus sabut dan berus bahagian yang berkerak dan kemudian berus dengan sedikit sabun untuk tanggalkan sisa kerak yang tinggal. Dalam 30 minit, penunu anda akan menjadi bersih dan baru!

4. GUNA SODA BIKARBONAT, CUKA DAN LEMON UNTUK MEMBERSIHKAN DINDING DAPUR

Asyik duk masak sambal tumis kat dapur  sampai sambal melompat-lompat keluar daripada kuali dan terpercik di dinding sehingga meninggalkan kesan.

Itulah yang menyebabkan dapur berkerak. Kalau dinding yang diletakkan jubin atau permukaan yang licin, proses pembersihan lebih mudah kerana permukaannya boleh digosok dengan span basah sahaja.

Tetapi jika dapur anda hanyalah dinding simen yang biasa, pastilah kesan tersebut sukar untuk ditanggal.

Jadi cuba guna cara ini:

  • Campurkan sedikit soda bikarbonat, cuka dan perahan lemon dan gosok pada kesan percikan makanan di dinding itu.
  • Gosok campuran itu beberapa kali sehingga tertanggal.

Untuk mempercepat proses pembersihan lagi, anda boleh cuci menggunakan hidrogen peroksida. Pastikan gas ditutup terlebih dahulu ya dan tiada makanan diletakkan di penunu semasa mencuci dinding.

Nanti tercemar pula makanan yang ada penat-penat sediakan.

5. GUNA TEPUNG GANDUM

Nak dapur memasak bersih dan berkilat mudah sahaja. Anda boleh membersihkan dapur dengan menggunakan tepung gandum.

Caranya tabur tepung pada bahagian dapur kaca kemudian gosok dengan tangan. Tak perlu air. Kemudian lap dengan kain bersih, terus nampak bersih berkilat.

Harap tips membersihkan dapur ini boleh bagi dapur tempat memasak anda bersih dan berkilat.

Selamat mencuba.

error: Content is protected !!