Tips Membeli Vakum : 5 Tips Sebelum Membeli Vakum

Sekarang dah moden, mana ada mak-mak sapu karpet pakai penyapu lidi. Tambah-tambah lagi bila nak sapu karpet yang berbulu ataupun kotoran bawah sofa. Nak angkat sofa pun berat kan? Nak beli vakum tapi tak tahu apa tips membeli vakum.

Tips Membeli Vakum

Ramai yang menggunakan vakum kerana vakum mudah untuk menyedut habuk dan memberi keberkesanan yang bagus ketika membersih karpet di rumah. Jika rumah anda masih belum ada vakum, ketahuilah 5 tips sebelum membeli vakum di bawah ini.

Tips Membeli Vakum

1. Kenal pasti jenis-jenis vakum

Sebaiknya kamu mengetahui jenis-jenis vakum ini sebelum kamu membelinya. Sehingga, kamu dapat menentukan jenis mana yang paling ideal untuk digunakan.

Vakum Tegak

Tips Membeli Vakum 2

Vakum jenis ini yang biasanya orang guna. Vakum ini dapat membersihkan permaidani dengan lebih teliti dan ia lebih mudah untuk disimpan. Harganya pun murah.

Tips Membeli Vakum

Vakum Robot

Tips Membeli Vakum 3

Tak perlu susah-susah pergi sedut satu tempat ke satu tempat, ia pergi sedut sendiri dengan anda mengawalnya di aplikasi pintar anda

Vakum Wap Air

Vakum wap air menggunakan wap air yang ada pada tabung vakum untuk membersihkan debu. Vakum ini kebiasaanya digunakan untuk membersihkan permukaan yang keras seperti kayu atau seramik.

Tips Membeli Vakum

Vakum Berpusat

Vacuum jenis ini bisa dikatakan sebagai vacuum yang sangat efisien. Anda boleh membersihkan semua habuk dari permaidani atau lantai anda. Semua habuk anda dikumpulkan secara berpusat di dalam bekas debu. Terdapat banyak faedah pembersih vakum terpusat seperti penjimatan masa, kurang penggunaan tenaga. Kekurangan utama jenis pembersih vakum ini terlalu mahal.

Handheld Vakum

Vakum yang direka untuk dibawa dan boleh dibawa dari satu lokasi ke lokasi lain. Vakum jenis ini paling sesuai membersihkan debu-debu di kerusi atau karpet kereta, siling rumah dan tempat-tempat yang sempit. Ia kecil, ringan, dan tanpa kabel dan  alat ini sangat mudah digunakan. Kekurangannya, kapasiti ia agak kecil.

2. Ketahui kemampuan vakum berdasarkan Watt

Daya sedutan sesebuah vakum bergantung kepada wattnya. Semakin besar watt, semakin besar daya sedutan dan semakin besar penggunaan elektrik. Ia mesti mengikut dengan kesesuaian eletrik di rumah.

3. Jenis Penapis dan Saiz Penyimpan

Pilihlah vakum yang memiliki penapis dengan teknologi high efficiency particulate air (HEPA). Penapis ini dapat menyaring debu yang masuk dan dikeluarkan dengan sangat bersih. Saiz penyimpan juga mesti dinilai dan selalunya vakum jenis canister atau upright yang bersaiz besar.

4. Pilih Jenama Terbaik

Jangan membeli vakum dari brand yang masih tidak jelas. Belilah vakum dengan jenama yang sudah dikenali. Walaupun harganya lebih mahal, kualitinya lebih baik.

5. Bagless

Pilih bagless untuk menyenangkan anda membuang habuk. Habuk yang disedut masuk ke dalam bekas/canister terus dibuang ke dalam tong sampah. Kalau beg habuk yang mempunyai beg vakum, anda perlu tepuk sedikit ketika membuangnya.

 

error: Content is protected !!