Tips Keselamatan Rumah Sebelum Keluar Pergi Bercuti

Ingin pergi bercuti tetapi risau untuk meninggalkan rumah? Perasaan risau dan khuatir ini sering timbul dalam diri semua orang kerana perlu meninggalkan rumah buat tempoh yang lama atau pergi bercuti. Maka perlulah ambil tahu tentang tips keselamatan rumah.

Kenapa perasaan ini muncul? Sudah pastilah kerana kurang persiapan tentang perkara yang perlu dilakukan sebelum meningggalkan rumah untuk tempoh yang lama atau pergi bercuti.

Banyak perkara buruk yang boleh berlaku semasa ketiadaan kita di rumah seperti berlaku kecurian barang-barang berharga yang terdapat di dalam rumah.

Kita semua pasti ingin memiliki percutian yang aman dan tenang tanpa perasaan khawatir jadi ayuhla kita mengikuti tips keselamatan rumah sebelum meninggalkan rumah untuk tempoh yang lama ini atau bercuti :

Tips Keselamatan Rumah

1. Periksa semua pintu dan tingkap

Tips Keselamatan Rumah

Pastikan anda memeriksa semua pintu, tingkap ataupun bahagian tempat lain yang senang dimasuki orang asing ke rumah anda. Jangan biarkan pintu atau tingkap yang jarang digunakan terbuka. Kita sering terlupa kerana ia mungkin juga menjadi sasaran utama untuk pencuri menyelinap masuk ke dalam rumah ketika kita bercuti.

2. Cabut plug semua barangan elektrik

Tips Keselamatan Rumah 1

Sila pastikan semua barang elektrik yang tidak perlu digunakan semasa ketiadaan anda itu dicabut plug. Ini bukan sahaja untuk menjimatkan elektrik tetapi untuk mengelakkan kebakaran berlaku disebabkan oleh barang elektrik seperti televisyen, komputer dan lampu elektrik ketika kita meninggalkan rumah.

3. Kemas dan bersihkan rumah

Memastikan rumah kemas sebelum meninggalkan rumah. Perkara ini mungkin membosankan dan memenatkan tetapi percayalah perasaan bahagia melihat rumah yang kemas semasa anda penat pulang dari bercuti amatlah menyenangkan diri.

Kalau rumah kotor, anda pasti berasa serabut dan tertekan. Kemas setiap bahagian rumah seperti vakum ruang tamu, lipat baju, bersihkan bilik air dan sapu semua bilik.

4. Tutup suis utama bekalan air

Mungkin semasa anda berada di rumah, kebocoran air tidak pernah berlaku tetapi untuk mengambil langkah berjaga-jaga sebaiknya anda menutup suis utama bekalan air di rumah sebelum meninggalkan rumah.

Mesin basuh, sinki dan paip air tidak dapat mengeluarkan air semasa meninggalkan rumah. Jadi pastikan anda tutup suis air. Rumah anda boleh banjir dan berlaku pembaziran air jika kebocoran air ini terjadi.

5. Periksa dan simpan makanan dalam peti ais

Peti ais merupakan perkakas rumah yang menghabiskan banyak tenaga, jadi tolonglah matikan suis jika anda pergi bercuti.

Makan atau buang semua makanan yang terdapat di dalam peti sejuk anda. Cabut plug peti sejuk dan bersihkan bahagian dalamnya dengan sedikit baking soda yang dicampurkan dalam air.

Anda juga boleh meninggalkan sebungkus baking soda terbuka di dalam peti sejuk untuk menyerap bau dan menghalang pertumbuhan kulat dan cendawan.

6. Maklumkan kepada jiran dan polis

Sila pastikan bahawa jiran anda tahu bahawa anda meninggalkan rumah buat masa yang lama jadi mereka boleh tolong untuk memerhatikan rumah dan melaporkan kepada pihak polis jika berlaku sebarang situasi yang mencurigakan di luar ataupun di dalam rumah.

Tetapi jika anda inginkan keselamatan yang lebih terjamin, anda boleh memohon dan melaporkan kepada polis untuk meronda rumah semasa ketiadaan anda di rumah buat tempoh yang lama.

error: Content is protected !!