Elak Baju Bau Hapak : 5 Tips Elak Baju Bau Hapak Selepas Dibasuh

Baju berbau hapak sering berlaku apabila baju tidak kering kerana dek hujan. Artikel kali ini kami kongsikan tips elak baju bau hapak dengan cara yang mudah dan berkesan.

Tips Elak Baju Bau Hapak Selepas Dibasuh

1. PERANCANGAN WAKTU UNTUK MEMBASUH PAKAIAN

Perancangan waktu untuk membasuh baju bagi mengelak baju dari bau hapak selepas basuh adalah penting kerana waktu yang sesuai untuk membasuh baju adalah pagi.

Elakkan membasuh baju pada waktu malam kerana baju anda tidak terdedah dengan cahaya matahari dan boleh menyebabkan baju bau hapak.

Bila dah siap basuh, cepat-cepat keluarkan dari mesin dan sidai.

Elakkan juga membasuh baju pada hari hujan kerana cuaca lembap dan ia menyukarkan anda untuk menjemur baju di luar.

Kalau yang jenis suka basuh baju dengan tangan, pastikan anda rendam sekejap je, setelah itu terus basuh.

2. MEMILIH PENCUCI PAKAIAN YANG TEPAT

Tips Elak Baju Bau Hapak

Pemilihan pencuci baju yang tepat juga memainkan peranan untuk mengelak baju dari bau hapak selepas dibasuh.

Sekarang banyak sangat pencuci pakaian yang berbau harum dan dapat menanggalkan semua kotoran tetapi pastikan pencuci baju anda mengandungi enzim semulajadi ini bukan sahaja berkesan untuk membersihkan baju malah juga tidak meninggalkan sebarang kesan buruk terhadap bumi.

Selain bau haruman baju yang dicuci, anda juga mampu menghidu udara yang bersih dan nyaman.

Tips Elak Baju Bau Hapak Selepas Dibasuh

3. JEMUR DI BAWAH TERIK MATAHARI

Tips Elak Baju Bau Hapak 2

Jemur pakaian di bawah terik cahaya matahari sangat membantu mempercepat kain untuk kering dan dapat mengelak baju dari berbau hapak.

Sekiranya ampaian anda tidak menghadap matahari atau berada di dalam bilik, pastikan  anda ada sistem pengudaraan yang baik. Contohnya, buka tingkap dan pasangkan kipas. Aliran udara yang baik membantu pakaian cepat kering.

Jika bilik dalam keadaan tertutup dan tiada sistem pengudaraan yang baik, baju mudah hapak. Bilik pun jadi berbau dan tidak menyenangkan.

Tips Elak Baju Bau Hapak Selepas Dibasuh

4. CARA SIDAI PAKAIAN

Cara sidai baju pun penting sebagai tips elakkan baju dari bau hapak. Baju mestilah disidai secara tidak bertindih.

Jarakkan baju-baju tersebut semasa menyidai. Kalau nak cepat kering lagi, anda boleh menggunakan penyangkut pakaian (hanger).

Baju tidak akan berbau hapak kerana baju tersebut terdedah terus dengan udara dan cahaya matahari.

5. MENGGUNAKAN PEWANGI BUATAN DAN SEMULAJADI

Kalau baju dah hapak, anda boleh cuba menggunakan pewangi buatan sendiri seperti bedak. Elak sembur minyak wangi kerana baju akan bertambah busuk.

Kalau nak guna bedak, caranya mudah iaitu masukkan baju anda ke dalam beg plastik, taburkan sedikit bedak dan biarkan selama beberapa minggu.

Lama-kelamaan, bau hapak pada baju akan hilang.

Selain itu, kaedah khas untuk menyimpan baju lama ialah dengan menggunakan daun pandan kerana ia sangat membantu menghilangkan masalah bau hapak pada baju.

Anda boleh membuat sendiri portpuri atau bunga rampai dari daun pandan dan digantung di dalam almari. Kalau rasa malas, carik-carikkan sahaja daun pandan dan kemudian ikat kesemuanya, letak saja di dalam almari,siap!

error: Content is protected !!