Tips Cuci Seterika Hangus Dengan Betul Dan Berkesan

Jika seterika anda hangus dan berkarat, hanya perlu gunakan bahan ini sahaja untuk cuci seterika hangus. Tidak perlu habiskan wang anda untuk beli seterika baru. InsyaAllah kesan hangus dan sisa sisa hitam yang melekat akan hilang jika membersihkan seterika hangus mengunakan tips cuci seterika hangus ini. Pasti seterika anda kelihatan licin seperti baru dibeli.

Ikuti tips cuci seterika hangus ini

1. Ubat Gigi

Tips Cuci Seterika Hangus

Gunakan ubat gigi dan sapukan pada bahagian yang ada untuk cuci seterika hangus. Biarkan seketika dan kemudian sental dengan kain. Kesan kotoran akan tanggal dengan mudah. Ulangkan beberapa kali atau bersihkan seterika hangus tersebut hingga ia betul-betul bersih.

2. Baking Soda

Tips Cuci Seterika Hangus 1

Soda bikarbonat memang terkenal sebagai agen pencuci yang berkesan. Caranya campurkan sedikit air pada serbuk soda bikarbonat sehingga menjadi pes. Kemudian sapu pada permukaan seterika yang hangus atau hitam. Biarkan sekejap untuk ia bertindak balas. Kemudian, ambil kain buruk dan gosok perlahan-lahan. Semua kesan kehitaman yang terlekat akan tanggal.

3. Kertas Pasir

Tips Cuci Seterika Hangus 2

Satu lagi tips cuci seterika hangus, anda boleh gunakan kertas pasir. Macam guna garam tadi, kita panaskan seterika dan gosok hingga kotoran tanggal. Seeloknya guna yang kasar dulu, kemudian guna yang nipis. Gosokkan hingga permukaan seterika menjadi bersih.

4. Magic Sponge

Magic Sponge boleh didapati di kedai Eco atau kedai DIY. Ianya memang berguna kerana boleh membersihkan macam-macam kesan kotoran termasuklah  membersihkan seterika hangus. Cara membersihkan seterika hangus dengan menggunakan span. Basahkan dulu span tu, kemudian gosok saja bahagian yang ada kesan kehitaman tadi.

5. Garam

Taburkan garam di atas sehelai surat khabar atau aluminium foil, kemudian panaskan seterika menggunakan suhu yang paling maksimum. Selepas itu, gosokkan permukaan seterika di atasnya hingga tertanggal semua kesan hangus.

6. Lilin

Gunakan sebatang lilin dan gosok pada seterika yang dah dipanaskan hingga lilin menjadi cair. Selepas itu, tonyohkan permukaan seterika pada kain buruk / kain yang tak digunakan lagi.

7. Daun Pisang

Caranya, gosokkan saja di atas daun pisang. Kalau kesannya susah nak tanggal, kikiskan dengan pisau dan gosok semula dengan daun pisang untuk licinkan permukaan seterika hangus tadi.

Selamat Mencuba !

error: Content is protected !!