Servis Cuci Rumah : Tips Mencuci Bila Masuk Rumah Baru

Tahukah anda manusia menghabiskan purata 1,140 hari sepanjang hidup dengan membersihkan rumah. Ini bermakna memperuntukkan purata 2 jam sehari dengan kerja membersih di rumah. Ada juga yang tidak mempunyai masa yang banyak akan mendapatkan servis cuci rumah untuk meringankan beban.

Servis Cuci Rumah

Terdapat beberapa petua dan cara supaya anda dapat menjalankan kerja pembersihan di rumah dengan lebih pantas. Dan terdapat juga cara lebih berkesan bagi anda mengekalkan kebersihan itu selama seminggu tanpa mengambil masa membuat kerja rumah itu setiap hari.

Tips Mencuci Bila Masuk Rumah Baru

1. Asingkan benda yang tidak perlu.

Perkara pertama yang perlu lakukan ialah mengasingkan benda yang tidak perlu apabila mengemas dan menyusun barang. Asingkan buku, barang permainan, barang elektronik dan lain-lain ke tempat asal sehingga bilik nampak lebih kemas, dan kemudian baru mulakan kerja mengemas dan mencuci.

2. Guna beg sampah

Servis Cuci Rumah 2

Bawa beg sampah semasa mengemas kerana anda boleh terus mengutip barang yang tidak perlu dan sampah yang telah dibuang dari tong sampah di setiap bilik.

Ini akan menjimatkan masa anda berulang alik untuk mengutip sampah di setiap bilik. Sebagai tambahan, cuba buang segala barang yang tidak lagi anda gunakan sejak 10 hingga 12 bulan yang lalu. Jadi rumah anda nampak lebih lapang dan kemas sekiranya tiada sampah lapuk yang disimpan.

Servis Cuci Rumah Murah

3. Bawa penyimpan perkakas mencuci

Sebelum mulakan kerja pembersihan, kumpul semua alat pencuci seperti kain pengelap, span penyental, berus, pencuci pembasmi kuman dan sabun pencuci ke dalam satu baldi. Kemudian bawa bersama apabila mahu mengemas dan mencuci setiap ruang dan bilik.

4. Buang dan cuci habuk terlebih dahulu, kemudian vakum.

Kerja memvakum dan mengelap lantai dan permukaan kerja paling berat sekiranya habuk tidak dibuang terlebih dahulu. Untuk memudahkan kerja memvakum dan kerja mengelap selepasnya, buang segala habuk di setiap permukaan di rumah terlebih dahulu menggunakan kain atau tisu khas penyerap habuk, jika boleh dengan jenis mikro fiber. Kemudian baru vakum dan lap.

5. Mencuci dan membersih menggunakan pelan dan corak.

Ini bukan sesuatu yang logik untuk difikirkan oleh sesetengah orang yang tidak cerewet, tetapi ia satu cara berkesan jika dapat dipraktikkan. Walaupun cara ini nampak memenatkan, tetapi ia akan menjimatkan masa untuk membersih di kemudian hari.

Servis Cuci Rumah 3

Fikirkan rumah itu kotor semuanya dan bersihkan setiap penjuru.

Bermula mengikut corak dari bahagian kiri rumah dan akhirinya di bahagian kanan. Dengan cara ini kesemua bahagian rumah dapat dikemas dan dibersihkan secara keseluruhannya.

6. Jangan menyental, sembur jer

Masa dapat dijimatkan sekiranya hanya menyembur semua permukaan dengan pencuci dan tidak menyentalnya dengan span. Apa yang perlu dilakukan ialah pergi ke setiap bilik dan sembur pencuci ke bahagian permukaan yang hendak dicuci dari bahagian kiri ke kanan.

Biarkan seketika dan ulangi proses yang sama di bilik lain.

Apabila bahan pencuci sudah menyerap kekotoran di permukaan selama beberapa minit, ambil tuala dan lap semua kekotoran yang telah tertanggal.

Ini akan membuat permukaan rumah anda kekal bersih dan bersinar tanpa perlu membuang tenaga dan masa menyental permukaan, hingga membuat rumah anda lebih kotor.

Servis Cuci Rumah Selangor

7. Jangan lupa cuci bahagian ‘baseboard’ dan sudut kecil.

Sementara membersihkan permukaan di dalam rumah, jangan lupa membawa kain pengelap atau tisu khas pembuang habuk jenis mikro fiber dan bersihkan bahagian ‘baseboard’ dan sudut kecil berdekatan. Mulakan mengelap dari bahagian kiri ke kanan. Dan ia tidak pun mengambil masa yang lama.

8. Vakum perabut termasuk sofa dan tilam.

Perabut seperti sofa dan tilam perlu divakum setiap minggu bagi menjamin kebersihan.

Jangan menggunakan ‘roller’ untuk membuang rambut dan habuk, kerana kekotoran masih tidak dibuang sepenuhnya. Sofa dan tilam menyimpan lebih 10,000 kekotoran dan habuk berbanding permukaan biasa.

Servis Cuci Rumah Kuala Lumpur

9. Guna sabun pencuci pinggan sebagai pencuci tingkap.

Gantikan pencuci tingkap yang biasa dengan cecair pencuci pinggan kerana ia akan mencuci tingkap dan cermin rumah dengan lebih sempurna.

Molekul dalam cecair pencuci pinggan akan menyerap habuk, kekotoran dan minyak dengan lebih baik apabila bertindak balas dengan air, sehingga membuat permukaan gelas, tingkap dan cermin menjadi lebih bersih dan bersinar.

10. Cuci peralatan rumah yang telah digunakan

Terus mencuci perkakas terutamanya di bahagian dapur sejurus selepas digunakan, dan bukan menundanya selama beberapa jam atau keesokan harinya.

Ini mengelak tindak balas kimia yang akan terjadi sejurus perkakas itu dibiarkan selepas diguna.

Perkakasan seperti ketuhar gelombang mikro dan dapur memasak perlu dicuci selepas diguna sementara ia masih dalam keadaan senang untuk dicuci dengan span atau kain pengelap.

Payah untuk menyental sekiranya ia telah menyejuk dan dibiarkan kotor dengan makanan dan minyak selepas beberapa hari. Masa membersih rumah anda akan dibuang di situ.

Servis Cuci Rumah Professional

Ada sesetengah individu tiada masa untuk membersihkan sendiri kerana kekangan masa yang terlalu sibuk. Tidak mengapa, anda juga boleh melantik syarikat servis cuci rumah yang professional seperti AITO Artclean.

AITO Artclean berpengalaman luas dalam servis cuci rumah, tidak kisah jenis rumah yang macam mana. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan servis cuci rumah, hubungi kami di talian +60 11-5550 0898 .

error: Content is protected !!