Servis Cuci Karpet : Tips Mencuci Karpet Paling Berkesan

Karpet adalah salah satu keperluan terbaik untuk menghiasi ruang tamu. Semestinya mencantikkan ruang yang ada namun adakalanya pening sebab tak tahu cara cuci karpet dengan betul hingga hendak cari je servis cuci karpet.

Tambahan pula jika karpet berwarna cerah. Ibu-ibu yang ada anak kecil terutamanya mesti cukup faham dengan situasi ini.

Cara Cuci Karpet Dengan Berkesan

Servis Cuci Karpet

1. TEKUPKAN TERLEBIH DAHULU

Sebarang jenis kotoran paling mudah ditanggalkan jika ianya dicuci serta-merta. Lebih lama bertangguh, lebih susah ia nak ditanggalkan. Untuk menyerap kotoran yang paling berkesan adalah dengan menekup, bukan menggosok. Sebolehnya, keluarkan kotoran sebanyak mungkin terlebih dahulu dengan cara yang tidak merebakkan lagi permukaannya sebelum mencucinya.

2. BAKING SODA

Baking soda adalah ‘pencuci’ semulajadi yang sangat efektif. Caranya mudah, cuma bancuhkan baking soda dengan sedikit air dan beruskan pada kotoran atas karpet hingga kotoran tertanggal.

Jika karpet berbau kepam, hapak atau tidak enak, taburkan baking soda di atas seluruh permukaannya dan biarkan seketika. Selepas beberapa jam, vakumkan karpet anda seperti biasa.

3. CUKA + BAKING SODA

Kalau ada cuka di rumah, boleh kombinasikan cuka dan baking soda untuk kesan yang lebih kuat. Caranya hampir sama seperti di atas.

Mula-mula, taburkan baking soda ke atas kesan kotoran. Kemudian, tuangkan cuka ke atas taburan baking soda tersebut. Tunggu ia berbuih dan biarkan seketika sementara ia menyerap kotoran. Tekup dan lapkan seperti biasa.

Untuk hilangkan bau yang tidak menyenangkan, campurkan 1 sudu cuka, 1 sudu baking soda dan 2 cawan air ke dalam botol spray. Semburkan pada keseluruhan karpet. Asid pada cuka akan membunuh bakteria dan menyahkan bau-bauan tersebut.

4. CUKA + SABUN PENCUCI PINGGAN

Gunakan 1/4 cawan cuka dan 1 sudu besar sabun pencuci pinggan. Bancuhkan dengan sedikit air dan masukkan larutan ini ke dalam bekas spray.

Semburkan pada bahagian terkena tumpahan makanan. Tekupkan dengan tuala yang bersih dan kering hingga kesan kotoran hilang.

Servis Cuci Karpet Dengan Berkesan

5. KRIM PENCUKUR

Percaya atau tidak, krim pencukur atau shaving cream dikatakan sebagai salah satu penanggal kotoran karpet yang amat universal. Sapukan sedikit di atas kotoran pada karpet dan biarkan ia meresap selama 30 minit. Kemudian, tekupkan dengan kain yang bersih dan kering.

6. LEMON + GARAM

Kedua-dua bahan ini dikatakan paling berkesan untuk menanggalkan kesan dakwat. Belahkan lemon dan perahkan di atas kesan dakwat yang tumpah. Kemudian taburkan garam sehingga menutupi kesan kotoran. Tekan-tekankan garam supaya ia meresap dan bertindak ke atas kotoran. Kemudian tekupkan kain dan ulang beberapa kali sehingga kotoran benar-benar hilang.

7. PENCUCI PINGGAN MANGKUK

Kebanyakan jenis makanan yang tertumpah pada karpet boleh dibersihkan dengan pencuci pinggan mangkuk, contohnya Joy. Ia berkesan menanggalkan kotoran dan minyak sebagaimana ia mencuci pinggan mangkuk.

Guna 1 sudu sabun cecair pinggan mangkuk dan tambahkan dengan 4 sudu air. Gosokkan kotoran dengan span atau kain bersih dan bilas dengan air suam. Tekup lebihan air dengan tuala kering jika perlu.

Servis Cuci Karpet Rumah Oleh Pakar

Jika anda tercari-cari servis cuci karpet yang mahir dengan harga berpatutan, boleh hubungi kami di artclean. AITO Artclean mempunyai tenaga mahir dalam bidang servis cuci karpet. Untuk maklumat lanjut, hubungi talian 1234555 untuk maklumat lanjut.

error: Content is protected !!