Servis Aircond Rumah : 5 Jawapan Kenapa Aircond Tidak Sejuk

Servis aircond rumah antara servis yang kerap dicari pemilik rumah berhawa dingin apabila aircond di rumah tidak sejuk. Ia adalah perkara mustahak untuk tahu punca kepada masalah ini. Selain ketidakselesaan kepada anda sendiri, ia juga petanda awal untuk mengenalpasti kerosakan supaya kerosakan major tidak berlaku.

5 Jawapan Kenapa Aircond Tidak Sejuk

Penapis udara telah dibersihkan?

Servis Aircond Rumah

Jika menggunakan aircond setiap hari 6 jam – 8 jam, anda akan dapati penapis udara akan kotor hanya selepas 2 minggu.

Oleh itu bersihkan penapis udara setiap 2 minggu atau paling lama sebulan sekali.

Anda boleh lihat sendiri habuk, debu dan kotoran melekat pada penapis udara. Semua kotoran ini menghalang penyerapan haba dalam bilik menyebabkan berasa kurang sejuk.

Servis Aircond Rumah

Pintu & tingkap telah ditutup?

Pastikan semua punca haba ditutup kerana konsep pendinginan adalah memindahkan haba dari satu ruang tertutup ke luar. Jika pintu atau tingkap dibuka maka kadar pendinginan telah kurang kesan pertambahan haba dari punca tersebut.

Begitulah juga dengan pintu yang kerap dibuka di mana suhu yang di ‘set’kan sukar dicapai dan kita mulalah berasa tidak selesa.

 Pilihan mode pada remote betul atau tidak?

Servis Aircond Rumah

Mungkin anda berasa ini tidak patut berlaku tetapi ada yang keliru dengan penggunaan mode pada remote control. Untuk mendapat pendinginan pilih mode cool dengan simbol seperti di bawah.

Laraskan kelajuan blower (simbol kipas) secara manual dan pilihlah kelajuan yang diingini.

Servis Aircond Rumah

Suhu di ‘set’ dengan betul?

Berapa suhu yang biasa anda ‘set’kan? Jika dulu – dulu suhu 25ºC dianggap selesa tetapi hari ini dengan suhu luaran boleh mencapai 42ºC ia tidak lagi ideal.

Anda boleh turunkan kepada 20ºC. Ya mungkin anda risau dengan kenaikan bil kerana compressor akan bekerja non stop, tetapi itulah hakikatnya demi keselesaan anda.

Sesetengah model telah di ‘set’ secara automatik di mana suhu akan naik 1ºC ke 1ºC apabila telah mencapai suhu yang di ‘set’kan. Pilihan ini sebenarnya memberi penjimatan di mana compressor akan off secara auto.

Contoh anda set suhu 26ºC dan bila telah mencapai suhu tersebut compressor akan off dan lama kelamaan anda pula berasa tidak selesa.

Dalam situasi sekarang (musim panas), waktu malam belum tentu dapat 25ºC , oleh itu rendahkan lagi suhu kepada 22ºC atau 23ºC. Walaupun suhu naik dan cut off pada 23ºC ada masih berasa selesa kerana masih sejuk.

Servis Aircond Rumah

Unit dibuat penyelenggaran berkala?

Ada kes di mana selama 3 tahun unit tidak pernah di servis dengan alasan masih sejuk.

Memang sejuk tetapi sebenarnya unit tersebut bekerja keras untuk mendinginkan bilik anda sehingga menjadi beban kepada komponen tertentu dan bila unit bekerja lebih bermaksud lebih penggunaan elekrik.

Secara tidak langsung bil anda akan meningkat dan ketahanan unit berkurangan.

Unit perlu diselenggara oleh juruteknik bertauliah sekurang – kurangnya setahun sekali atau jika digunakan dengan sangat kerap bolehlah di servis seawal 8 bulan.

Apakah maksud servis atau selenggara ini?

Ia merupakan satu prosedur di mana unit di tanggalkan dan dibersihkan menggunakan bahan kimia. Kemudian dipasang semula dan dilakukan ujilari pada sistem.

Begitu 5 jawapan kenapa aircond tidak sejuk. Tindakan di atas boleh anda lakukan sendiri manakala tindakan kelima anda perlu memanggil juruteknik bertauliah untuk servis aircond rumah.

error: Content is protected !!