Rumah Cepat Berhabuk, Ini Punca Kenapa Rumah Banyak Habuk

Masalah rumah cepat berhabuk boleh membuatkan kita berasa tidak selesa, lagi- lagi habuk yang jelas nampak berterbangan di udara hingga tertanya kenapa rumah cepat sangat berhabuk ?

Selain itu, rumah berhabuk boleh memberi kesan buruk kepada bayi, penghidap asma dan juga yang mempunyai masalah kulit sensitif.

Ada juga yang kerap bersin akibat dari habuk ini.

Tempat yang sering memerangkap habuk adalah di belakang perabot besar seperti almari baju, perabot kecil dan ringan seperti laci dan meja solek, karpet, bawah sofa, bawah tikar seperti tikar buluh dan tikar sarawak, bawah katil, gubahan bunga yang sering dijadikan penyeri rumah, alas perabot, alas meja atau table runner, rak buku yang terbuka.

Kenapa rumah cepat berhabuk disebabkan oleh beberapa faktor:

1. Penggunaan kipas

Rumah Cepat Berhabuk

Penggunaan kipas seharian salah satu punca kenapa cepat berhabuk, lagi lagi penggunaan kipas siling. Jika anda perasan ada je habuk melekat di kipas siling.

Bagi mengelak kipas dan rumah berhabuk, keraplah membersih kipas siling ini supaya sentiasa dalam keadaan bersih. Barulah habuk-habuk ini tidak banyak berkumpul di kipas.

2. Ventilation atau pengudaraan yang kurang baik

Rumah Cepat Berhabuk

Kebanyakan rumah yang dibina sekarang tidak mempunyai lubang udara dan hanya mengharapkan tingkap sahaja. Jadi, rumah mudah berhabuk dengan cepat dan banyak.

Oleh itu, pengudaraan yang baik dirumah sangat diperlukan. Tingkap atau ventilation perlu ada dirumah untuk mengelakkan dari rumah mudah berhabuk.

3. Rumah berdekatan highway/ jalan raya

Rumah yang berdekatan dengan highway dan tepi jalan membuatkan rumah mudah berhabuk kerana kenderaan sentiasa lalu di kawasan tersebut.

Dengan asap dan debu-debu yang masuk ke dalam rumah menyebabkan rumah mudah berhabuk dan rumah perlu kerap dibersihkan.

Lagi banyak kereta yang lalu lalang, lagi cepat habuk itu masuk dalam rumah.

Cara mengatasi rumah mudah berhabuk ini, sentiasa tutup tingkap yang berdekatan atau menghadap jalan raya dan buka bahagian tingkap lain untuk pengudaraan yang bersih dalam rumah.

Jangan tutup semua tingkap kerana bahaya jika tiada aliran udara keluar masuk.

4. Dekat dengan kawasan pembangunan

Ini tidak dapat dinafikan, bila ada sahaja projek pembinaan baru berdekatan rumah pasti akan memberi kesan yang buruk kepada pengudaraan dan rumah mudah berhabuk.

Biasanya jumlah habuk yang singgah di dalam rumah akan bertambah dua hingga tiga kali ganda daripada sebelum ini.

5. Dekat dengan tempat pembakaran

Walaupun rumah jauh dari tempat pembakaran, asap dari tempat pembakaran mampu menjengah di rumah dan menyebabkan rumah cepat berhabuk, ini kan pula rumah yang betul-betul hampir dengan kawasan tersebut.

Perkara ini sukar untuk dielak dan anda perlu kerap membersihkan kawasan dalam dan luar rumah anda.

Cara lain untuk mengelakkan rumah cepat berhabuk

  1. Kurangkan perabot/ hiasan/ peralatan yang boleh memerangkap habuk.
  2. Letakkan alas kaki yang heavy duty dan benar-benar boleh memerangkap habuk terutamanya yang dibawa bersama kaki.
  3. Guna blind dari kayu, metal atau plastik yg mudah dibersihkan berbanding kain.
  4. Gunakan sofa/alas yang berzip supaya sarung boleh ditukar dan dibasuh untuk mengelakkan habuk.
  5. Elakkan penggunaan softener semasa membasuh sarung sofa, alas meja dan langsir untuk mengelakkannya lebih memerangkap habuk.
  6. Letakkan dua alas kaki, satu di luar pintu dan satu di dalam.
error: Content is protected !!