Perkhidmatan Samak Sertu : Apa Itu Samak Dan Sertu

Kebersihan adalah perka asas yang sangat dituntut dalam Islam. Allah SWT telah memerintahkan hamba-hamba-Nya untuk bersuci dan menjaga kebersihan. Antara kaedah untuk membersihkan sesuatu adalah dengan kaedah samak atau sertu. Perkhidmatan samak sertu antara servis yang diperlukan sehingga sekarang.

Perkhidmatan Samak Sertu

Apa Itu Samak Sertu

Kedua-dua perkataan ini perlu difahami sebaiknya melalui pengertian dari segi bahasa dan juga segi istilah berdasarkan keterangan yang dikeluarkan oleh MuftiWP.

Dari segi bahasa, sertu ialah perbuatan menyucikan mana-mana bahagian badan yang terkena najis Mughallazah (anjing dan khinzir) dengan air bercampur tanah sekali dan air mutlak enam kali.

Dari segi istilah pula membawa maksud cara bersuci daripada najis mughalazah iaitu anjing atau khinzir yang memerlukan bahagian yang terkena najis dibasuh dengan air sebanyak tujuh kali.

Salah satu padanya air bercampur tanah, dan enam bahagian lagi adalah air mutlak.

Sertu perlu dilakukan sama ada najis tersebut najis Aini atau najis Hukmi.

Proses ini boleh digunakan sama ada pada pakaian, badan mahupun tempat yang terkena najis mughalazah.

Samak dari segi bahasa mempunyai beberapa makna. Antaranya ialah bahan zat yang digunakan untuk memasak serta mewarnai kulit binatang.

Makna yang kedua ialah membersihkan najis mughallazah dengan air tanah sekali dan air mutlak enam kali.

Maksud yang ketiga pula ialah sejenis tumbuhan yang digunakan untuk menyamak kulit.

Dri segi istilah, samak diambil daripada perkataan bahasa Arab yang bermaksud ‘kaedah menyucikan kulit haiwan yang boleh dimakan atau tidak.’

Proses ini dijalankan dengan menghilangkan darah, sisa daging dan apa-apa yang melekat pada kulit haiwan yang hendak dibersihkan.

Namun proses ini tidak tertakluk kepada haiwan seperti anjing dan khinzir.

Perkhidmatan Samak Sertu 2

Tujuan dan Hukum Samak Dan Sertu

Tujuan perkhidmatan samak dan sertu ialah untuk menyucikan kulit yang najis (bangkai). Hukum menyamak kulit adalah harus.

Menyamak tidak khusus kepada orang Islam sahaja bahkan orang Musyrik juga boleh menyamak asalkan ia mengikut cara yang digariskan oleh Syarak.

Bahan Samak Dan Sertu

Bahan yang digunakan untuk samak dan sertu kulit iaitu sesuatu yang tajam rasanya atau kelat seperti tawas, cuka, asam, limau dan sebagainya.

Sertu cara moden menggunakan bahan kimia dan peluntur bagi mendapat maksud yang sama.

Spesifikasi Tanah

Dalam kaedah sertu ini, tanah yang digunakan mestilah :

a) Tidak mengandungi unsur najis.

b) Bebas daripada sebarang kekotoran seperti minyak dan sebagainya.

c) Bukan tanah yang telah digunakan untuk tayammum (musta’mal).

Spesifikasi Air

Air yang digunakan dalam kaedah sertu mestilah :

a) Air bersih/suci ( air mutlak ).

b) Bukan air musta’mal ( air yang telah digunakan).

c) Air yang tidak tercemar dengan sebarang unsur najis.

Cara Melakukan Samak Dan Sertu Mengikut Syarak

Terdapat dua cara melakukan sertu mengikut syarak iaitu:

a) Cara sertu dengan menggunakan tanah.

b) Cara sertu dengan menggunakan sabun tanah liat.

Cara Samak Dan Sertu Premis Dengan Menggunakan Tanah

Apabila sesuatu yang suci terkena najis mughallazah dalam keadaan basah maka wajib disertu untuk menyucikannya kembali sebagaimana langkah- langkah berikut:

a) Langkah pertama ialah menghilangkan segala ain najasat yang ada terlebih dahulu sehingga bersih dan tidak kelihatan ain najasat itu lagi dengan mata kasar.

b) Menyediakan air secukupnya dengan mencampurkan sedikit tanah ke dalamnya sehingga tanah tersebut mengubah warna air mutlak menjadi warna tanah dan meratakan sebatian tersebut.

c) Membasuh tempat atau objek yang terkena najis mughallazah dengan air bercampur tanah tersebut sehingga meratai tempat yang dikehendaki sebagai basuhan pertama.

d) Selepas selesai basuhan pertama, maka hendaklah dibasuh tempat atau objek berkenaan dengan mengulangi proses yang sama sebanyak enam kali lagi menggunakan air mutlak sehingga selesai tujuh basuhan kesemuanya.

Cara Penyediaan Tanah Samak Dan Sertu

Tanah yang hendak digunakan untuk sertu mestilah tanah yang suci yang tidak mengandungi unsur najis, bebas daripada sebarang kotoran seperti minyak dan bukan tanah yang telah digunakan untuk tayammum (musta’mal).

Antara cara penyediaan tanah yang baik adalah seperti berikut :

a) Tanah yang baik digunakan adalah tanah liat seperti tanah untuk membuat barangan tembikar, yang diambil sekurang-kurangnya 4 meter dibawah paras bumi.

b) Tanah tersebut hendaklah dijemur kering, dihancurkan sehingga menjadi debu dan dipastikan tidak tercemar dengan sesuatu najis.

c) Debu yang terkumpul itu dijadikan sebagai bahan utama untuk proses sertu yang hendak dilaksanakan.

d) Walau bagaimanapun, sekiranya sukar mendapatkan tanah yang baik, maka cukup sekadar menggunakan mana-mana bahagian tanah yang diyakini suci dan bersih sahaja.

Cara Sertu Dengan Menggunakan Sabun Tanah Liat

Semua industri, premis, peralatan, pakaian, pengangkutan, anggota badan manusia dan sebagainya yang terkena najis mughallazah.

Harus menggunakan sabun tanah liat untuk digunakan sebagai pengganti tanah dalam proses sertu sepertimana yang telah dipersetujui oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Kali Ke-76 pada 21-23 November 2006.

Sabun yang mengandungi unsur tanah liat boleh digunakan untuk melakukan samak najis mughallazah dengan syarat tanah tersebut suci dan peratusan kandungan tanah dalam sabun melebihi daripada bahan-bahan yang lain serta kaedah samak tersebut dilakukan mengikut syarak.

Cara Menggunakan Sabun Tanah Liat

a) Sediakan air bersih yang mencukupi dan sabun tanah liat.

b) Campurkan sabun tanah liat ke dalam air bersih dengan memastikan sabun dihancurkan.

c) Air telah sedia untuk digunakan bagi proses sertu.

d) Alirkan air sabun tanah liat pada alatan yang hendak disertu untuk menghilangkan najis yang sedia ada bagi memulakan proses sertu.

e) Selepas itu, bersihkan alatan tersebut dengan air mutlak/bersih sebanyak enam (6) kali.

Perkhidmatan Samak Sertu

Di AITO Artclean, kami juga menyediakan perkhidmatan samak sertu untuk premis dan rumah kediaman dengan harga yang berpatutan. Untuk mengetahui lebih lanjut, boleh rujuk di sini.

Kesan Perkhidmatan Samak Sertu Dalam Industri

Meningkatkan kredibiliti sesebuah syarikat. Mengambil sikap tanggungjawab demi kebajikan pengguna Islam yang menjadi kelompok terbesar negara.

Pengguna tidak meragui status halal dan membina keyakinan yang tinggi kepada sesuatu produk/jenama. Pihak industri menjadi sangat berhati-hati dan mengetatkan sistem kawalan halal dalaman.

error: Content is protected !!