Halau Lipas Dalam Kereta, Cuba Cara Ini. Berkesan!

Lipas merupakan haiwan yang sangat kotor dan dapat mendatangkan penyakit kepada manusia. Bentuk badan yang keras serta berwarna coklat terang itu tidak disukai oleh kebanyakan orang lagi-lagi apabila lipas itu terbang tidak tentu arah. Disebabkan itu ramai yang mencari tips halau lipas dalam kereta yang berkesan.

Binatang jijik ini suka berada di tempat yang kotor dan sempit seperti sampah, belakang almari dan dalam laci. Tambahan pula, salah satu tempat yang turut menjadi tumpuan lipas ialah di dalam kereta.

Halau Lipas Dalam Kereta

Sudah pasti setiap pemilik kereta tidak mahu kereta mereka didiami oleh lipas kerana lipas itu haiwan yang kotor.

Lipas boleh kekal lama di dalam kereta jika pemilik kereta itu tidak mengambil sebarang tindakan untuk halau lipas dalam kereta.

Jadi di sini kami akan memberi tahu anda semua bagaimana tips halau lipas dalam kereta. Tetapi, terlebih dahulu saya senaraikan tanda-tanda yang menunjukkan bahawa terdapat lipas di dalam kereta.

Bagaimana untuk mengetahui terdapat lipas dalam kereta?

1. Terdapat kotoran najis lipas

Terjumpa najis lipas di dalam kereta adalah tanda pencerobohan lipas. Kotoran ini boleh kelihatan seperti lada hitam atau serbuk kopi. Semakin banyak bilangan kotoran, semakin banyak juga bilangan lipas.

2. Bau lipas

Lipas menghasilkan bau minyak yang pelik. Bau pelik itu meresap dan bertambah buruk seiring berjalannya waktu. Seekor lipas mungkin tidak menghasilkan bau yang cukup tetapi kehadiran banyak lipas dapat meningkatkan bau. Bau lipas itu juga terhasil dari mayat lipas yang sudah mati.

3. Telur lipas

Apabila telur menetas, mereka meninggalkan satu kulit keras yang berbentuk bujur dan warna kecoklatan. Kulit keras ini boleh memuatkan antara 20 – 50 telur. Telur harus dihancurkan dengan segera apabila dilihat untuk mengelakkannya menetas di dalam kereta.

4. Terdapat bangkai lipas

Lipas merupakan hidupan yang suka berada dalam kumpulan. Jadi apabila kita melihat mayat seekor lipas bererti terdapat banyak lagi lipas yang berada di dalam kereta anda.

Halau Lipas Dalam Kereta 2

Apa tips yang berkesan?

  • Menggunakan vakum mudah alih.
    Hal ini juga dapat memastikan dalaman kereta sentiasa bersih. Sangat penting untuk membersihkan semua sisa yang terdapat di celah-celah dan di bawah tempat duduk. Selain itu, jangan lupa untuk membersihkan tumpahan cecair di tempat duduk atau lantai.
  • Beli perangkap lipas dan letakkan di dalam kereta.
    Perangkap juga merupakan cara berkesan kerana dapat memberikan tarikan kepada lipas. Pelekat yang kuat pada perangkap lipas menyebabkan lipas bersentuhan dengan perangkap kemudian tersekat dan mati.
  • Menggunakan daun pandan untuk halau lipas dalam kereta.
    Bertentangan dengan kepercayaan popular, daun pandan sebenarnya tidak memiliki sifat membunuh lipas. Sebenarnya, daun pandan hanya berfungsi sebagai penghalau perosak. Daun segar yang kering malah boleh berubah menjadi sumber makanan kepada lipas untuk memasuki kereta.

Bagaimana untuk mengelakkan lipas masuk ke dalam kereta?

  • Selalu bersihkan dalam kereta.
  • Elakkan makan di dalam kereta.
  • Elakkan parking kereta di tepi longkang dan tong sampah
error: Content is protected !!