Cara Menghalau Tikus Menggunakan Bahan Semulajadi

Tikus merupakan haiwan perosak yang mengelikan dan berbahaya kerana dapat menyebarkan penyakit sehingga menyebabkan kematian. Pelbagai tips digunakan untuk mencari cara menghalau tikus seperti memelihara kucing, memasang perangkap dan meletakkan racun.

Bagaimanapun ada di antara kita yang mempunyai anak di rumah tidak dapat melakukan cara tersebut. Disini terdapat beberapa cara menghalau tikus hanya menggunakan bahan semula jadi sahaja.

13 Cara Menghalau Tikus Guna Bahan Semulajadi

1. Lada Hitam

Cara Menghalau Tikus 1

Ambil lada hitam, tumbuk dan taburkan di kawasan dan laluan tikus.

2. Jering

Cara Menghalau Tikus 2

Letakkan jering bersama tangkainya dan biarkan sehingga kering di tempat tikus.

3. Kulit Durian

Cara Menghalau Tikus 3

4. Serai Wangi

Cara Menghalau Tikus 4

Serai wangi sememangnya berfungsi untuk menghalau haiwan perosak/ serangga perosak termasuk menghalau tikus. Ada banyak produk serai wangi di pasaran dalam bentuk semburan.

5. Daun Pandan

Cara Menghalau Tikus 5

Keharuman bau pandan dapat menghalau tikus kerana tikus tidak suka untuk mendekati kawasan tersebut. Oleh itu, daun pandan bertindak sebagai agen pewangi semulajadi kediaman anda dan boleh berjimat dengan tidak membeli pewangi kediaman yang mahal.

6. Kapur Barus

Taburkan kapur barus yang telah dihancurkan menjadi serbuk dilubuk tikus. Cara ini sangat berkesan kerana dapat menghalau tikus dan sememangnya tikus tidak suka bau kapur barus yang cukup menyengat ini.

6. Buah Mengkudu

Bau buah mengkudu tidak disukai tikus kerana baunya yang sangat menyengat. Ambil dua atau tiga biji buah mengkudu dan potong menjadi beberapa bahagian. Letakkan ia di dalam bekas dan letakkan di kawasan yang sering dilalui oleh tikus.

7. Minyak Pudina

Tikus juga tidak menyukai bau pudina. Sapukan minyak pudina pada kain dan letakkan di kawasan dan tempat laluan tikus.

8. Buah Kepompong

Letakkan beberapa biji buah kepompong muda atau masak di kawasan tikus.

9. Cuka

Titiskan cuka ditempat laluan tikus dan pastikan titiskan cuka tersebut di dalam bekas kecil. Jika menggunakan tips ini, pastikan cuka ditambah ke dalam bekas yang sama.

10. Sisah Teh Uncang

Bau teh uncang memang tidak digemari oleh tikus dan mampu menghalau tikus dan juga serangga lain seperti labah-labah. Ambil teh uncang yang telah digunakan dan gantung di kawasan dan tempat yang dilalui tikus-tikus tersebut.

11. Pokok Daun Semalu

Tikus memang sangat takut dengan pokok daun semalu kerana tumbuhan ini mempunyai duri yang tajam. Boleh cuba tanam pokok daun semalu di sekeliling atau tepi rumah yang menjadi laluan tikus.

12. Daun Durian Belanda

Letakkan beberapa helai daun durian belanda di sarang atau laluan tikus. Lepas 2 atau 3 hari boleh gantikan daun yang baru. Boleh juga diletakkan di dalam almari pakaian untuk mengelakkan tikus bersarang dalam almari.

13. Daun Salam / Daun Samak

Daun Salam bukan sahaja digunakan sebagai penyedap rasa makanan, malah digunakan untuk menbasmi dan menghalau tikus. Bau daun salam ini tidak disukai oleh tikus kerana baunya yang sangat menyengat dan mempunyai ekstrak etanol pada daun tersebut. Hanya taburkan daun salam ke kawasan dan tempat laluan tikus juga mesti diletakkan dengan kuantiti yang banyak supaya tikus lari dari kawasan tersebut.

Moga tips cara menghalau tikus ini dapat menjadi panduan dan kekalkan menjaga kebersihan terutama sekali kebersihan dalam rumah untuk mengelak kehadiran haiwan perosak ini.

error: Content is protected !!