Cara Mengatasi Tandas Berbau Busuk Di Rumah Kediaman

Dari jauh dah boleh bau busuk dari tandas. Nak kata tak cuci, kerap je cuci tandas. Kenapa cepat sangat tandas berbau busuk? Kena cari cara mengatasi tandas berbau busuk ini.

Cara Mengatasi Tandas Berbau

Ada tak cara untuk mengatasi tandas busuk?

Ada. Berikut adalah cara-cara untuk anda mengatasi masalah tandas di rumah berbau busuk:

Cara Mengatasi Tandas Berbau Busuk

SINARAN cahaya matahari

Cara Mengatasi Tandas Berbau 2

Sinaran cahaya matahari dapat membunuh kuman dan bakteria di dalam bilik air. Sehubungan itu, sebelum anda membina tandas di rumah, pastikan anda mencari  sedikit ruang yang dapat memberikan sinaran cahaya matahari.

Cara Mengatasi Tandas Berbau

PENGUDARAAN

Bagi mengatasi tanda busuk, sebaiknya tandas di rumah mempunyai tingkap atau lubang-lubang yang dapat mengalirkan bau busuk dari dalam dan mengantikan dengan udara yang segar dari luar. Sekarang, setiap rumah akan dipasang extractor fan yang bertindak mengalirkan udara dalam bilik air.

ELAK MENGGANTUNG BAJU ATAU TUALA

Nak mudah jemur dan nak mudah capai? Tabiat ini selalu dilakukan oleh kita. Jadi, elakkan jemur baju atau tuala dalam bilik air kerana ia dapat mengaktifkan kuman-kuman dan seterusnya menyebabkan tandas berbau hapak dan busuk.

PASTIKAN TONG SAMPAH SELALU KOSONG

Kebiasaannya, tisu-tisu basah, pad wanita atau lampin pakai buang anak-anak selalu dibuang ke dalam tong sampah yang berada di dalam tandas. Jadi sampah-sampah tersebut menyebabkan tandas bertambah berbau busuk. Lagi-lagi kalau tong sampah tidak ditutup. Anda dinasihatkan supaya menutup tong sampah dan pastikan setiap hari anda menukarkan plastik sampah baru.

GUNAKAN ‘ESSENTIAL OIL’

Sekarang mudah je kalau nak bagi tandas berbau harum dan segar, anda boleh cuba dengan memasukkan dua cawan air, satu sudu cuka putih, satu sudu soda penaik dan 10 titis essential oil seperti eucalyptus, sitrus atau lavender dalam botol spray. Selepas itu, letak campuran tersebut di dalam tandas dan tandas anda akan berbau segar.

HIRISAN LEMON

Hirisan lemon juga boleh mengatasi tandas busuk. Caranya mudah iaitu dengan memotong lemon dan letakkan hirisan lemon tersebut bersama garam. Gantikan garam dalam masa 4-5 hari. Semua bau yang kurang menyenangkan akan diserap oleh hirisan lemon.

HAMPAS KOPI

Hampas kopi jangan dibuang terus selepas minum kerana ia dapat mengatasi tandas berbau busuk. Caranya mudah, masukkan hampas kopi ke dalam lubang tandas, biarkan ia terendam beberapa lama dan siram. Anda akan mendapati bahawa bau tandas yang tidak menyenangkan itu akan hilang.

ARANG

Arang merupakan bahan semulajadi yang mampu menyerap bau busuk. Cara menghilangkan bau tandas adalah dengan meletakkan beberapa ketul arang kecil di dalam beg kain atau beg plastik yang berlubang-lubang (Macam beg yang orang letakkan bunga rampai semasa menyambut Maal Hijrah) Kemudian, gantungkannya di tempat yang berbau seperti sebelah mangkuk tandas.

Anda juga boleh cuba untuk menanam pokok bunga seperti jasmine, lily dan ros kerana ia dapat mencantikkan pemandangan dan juga mewangikan bilik air secara semulajadi.

Akhir sekali, cara yang wajib dilakukan oleh anda untuk mengatasi tandas berbau adalah dengan membersihkan tandas dengan kerap. Hal ini kerana ia dapat menyelamatkan anda daripada perlu menyental kotoran-kotoran degil dan bau yang kurang menyenangkan juga dapat diatasi dengan mudah.

Harap cara ini dapat membantu anda untuk mengatasi tandas di rumah anda berbau busuk.

error: Content is protected !!