Cara Elak Terkena Renjatan Elektrik:
10 Cara Elak Terkena Renjatan

the-secret-of-cleaning-your-home-blog-featured-image

Renjatan elektrik jarang membawa kepada kematian tetapi cara elak terkena renjatan elektrik merupakan satu harapan setiap individu kerana dapat mengakibatkan kecederaan teruk dan komplikasi kepada kesihatan.

Kecederaan akibat terkena renjatan elektrik bergantung pada peralatan elektrik iaitu arus voltan, jenis arus, laluan arus melalui badan, sukatan arus, rintangan tubuh terhadap arus dan jangka masa tubuh terdedah kepada arus.

Oleh itu, setiap individu akan mempunyai kesan renjatan elektrik yang berbeza kerana hal ini bergantung kepada rintangan kulit terhadap arus dan faktor-faktor lain yang telah diterangkan di atas.

Setiap individu perlu tahu cara elak dari terkena renjatan elektrik kerana impaknya amat besar serta boleh membawa kepada kematian. Kebanyakan kes kematian dari terkena renjatan elektrik pada masa kini berpunca dari renjatan elektrik ketika menggunakan telefon sambil mengecas.

the-secret-of-cleaning-your-home-blog-featured-image

Cara Elak Terkena Renjatan Elektrik

Banyak lagi peralatan elektrik yang boleh menyebabkan renjatan elektrik, bukan sahaja plug dan pengecas telefon. Di sini kami akan menyenaraikan 10 cara mengelak terkena renjatan elektrik dari berlaku:

  1. Elak dari menyentuh peralatan elektrik dengan tangan yang basah.
  2. Segera baiki peralatan elektrik yang sudah rosak.(Jangan baiki sendiri jika tidak mahir)
  3. Elak menyambung terlalu banyak peralatan elektrik pada satu soket.
  4. Jangan pegang wayar hidup dengan tangan.
  5. Laporkan sebarang keadaan yang merbahaya.
  6. Pastikan peralatan elektrik dimatikan suis jika tidak digunakan.
  7. Elakkan menggunakan peralatan elektrik yang bermutu rendah.
  8. Jangan lakukan penyambungan soket ke soket.
  9. Elakkan bermain di kawasan pencawang elektrik.
  10. Jangan biarkan pendawaian peralatan elektrik terdedah kepada keadaan yang boleh menjejaskan seperti wap, tekanan,haba dan wayar digigit tikus.

” Malang tidak berbau, sekiranya renjatan elektrik ini berlaku, terdapat beberapa langkah pantas boleh diambil untuk menolong mangsa tersebut. ”

the-secret-of-cleaning-your-home-blog-featured-image

Langkah-langkah menolong mangsa renjatan elektrik

  1. Segera matikan sumber elektrik utama SEBELUM menyentuh mangsa.
  2. Tarik mangsa jauh daripada sumber elektrik atau peralatan elektrik dengan menggunakan bahan penebat seperti kayu penyapu.
  3. Mangsa dibaringkan untuk memudahkan pernafasan.
  4. Lakukan Cardiopulmonary Resuscitation (CPR) jika mangsa sukar bernafas.
  5. Segera menghubungi ambulans.

Peringatan!!!!!

  • Sila gunakan pemadam api karbon dioksida jika kebakaran yang berpunca daripada arus elekrik berlaku

Carian

Kategori Blog

›   Pencucian Rumah

›   Testimoni

›   Kerja-Kerja Pencucian

Facebook Kami

Facebook Pagelike Widget
error: Content is protected !!