Cara Cuci Tilam : Ini Cara Bagaimana Cuci Tilam Dengan Betul

Ingat tak bila kali terakhir anda cuci tilam dan tahukah bagaimana cara cuci dengan betul? Macam mana anda cuci? Adakah hanya kibas-kibas atau lap air di tempat yang kotor sahaja?

Artikel kali ini kami kongsikan dengan anda cara cuci tilam dengan betul yang anda boleh jadikan panduan.

Cara Cuci Tilam Dengan Betul

1. Kosongkan tilam

cara cuci tilam 1

Cara cuci tilam yang pertama adalah dengan mengalihkan kesemua sarung tilam, cadar, bantal, selimut, comforter dan sebagainya. Letak tilam di satu tempat yang memudahkan anda untuk membersihkannya. Anda boleh sahaja membersihkan pada kedudukan di atas katil tanpa perlu mengalihkannya.

2. Vakum tilam

Cara Cuci Tilam 2

Jika anda mempunyai vakum, itu adalah lebih mudah untuk cuci tilam.Tetapi jika tidak ada, anda boleh gunakan alat penyingkir habuk seperti penyapu, bulu ayam dan sebagainya. Cara cuci tilam ini memudahkan proses pembuangan habuk dilakukan.

Bagi vakum, gunakan vakum bagi menyedut ruang yang sesuai.Terdapat ruang-ruang celah di antara jahitan tilam yang memerangkap pelbagai jenis debu dan pasir yang perlu dikeluarkan.

Penyedut yang tirus dan lubang sempit lebih sesuai digunakan pada ruangan celahan jahitan tilam. Vakum atau sapu kesemua habuk dan pasir sehinggalah anda benar-benar berpuas hati dengan kebersihannya.

3. Bersihkan Kotoran

Cara Cuci Tilam 3

Kesan kotoran seperti kesan makanan dan minuman yang tertumpah, darah, air kencing, air liur dan sebagainya. Sediakan air sabun dan sehelai kain bersih. Anda boleh guna pelbagai jenis sabun yang ada termasuklah sabun cuci pinggan.

Campurkan cecair atau serbuk pencuci dengan air suam. Kacau sehingga campuran berbuih. Celupkan kain bersih dalam air sabun, perah sedikit dan lap pada bahagian kotoran.

Sental sehingga warna dan bau dapat dihilangkan untuk cuci tilam.

Jika warna kesan tumpahan sukar dihilangkan, anda boleh gunakan cecair peluntur. Menghilangkan warna kesan kotoran lebih mudah dilakukan dengan peluntur.

Pastikan peluntur yang anda gunakan bukan dari jenis peluntur warna. Peluntur warna akan menghilangkan warna asal tilam dan sudah tentu anda tidak ingin warna tilam bertukar.

Cuci tilam sehingga anda benar-benar berpuas hati. Anda boleh juga menggunakan pemberus kecil termasuk berus gigi yang tidak digunakan.

Lihat Tips Cara Cuci Tilam Dengan Betul

4. Sembur tilam dengan cuka

Sediakan satu botol penyembur yang mengandungi campuran air dan cuka. Sembur keseluruhan permukaan tilam dengan air campuran cuka ini.

Utamakan di bahagian yang terdapat kesan kotoran yang degil.

Elakkan daripada menggunakan kaedah siram cuka kerana siraman yang terlalu bertumpu di sesuatu kotoran akan meninggalkan kesan tompokan cuka yang menjadikan warna tilam tidak sekata.

Siraman juga akan menyebabkan permukaan tilam lambat untuk dikeringkan.

Cara cuci dengan semburan ini akan menyebabkan kebasahan pada tilam. Biarkan seketika supaya tilam dapat dikeringkan dengan sepenuhnya.

Cara pengeringan juga boleh dilakukan dengan menghalakan kipas ke arah tilam.

Anda juga boleh menggunakan kertas tisu untuk menyerap kembali kesan cecair cuka yang disembur tadi. Caranya tekap tisu pada permukaan tilam.

5. Tabur Serbuk Bikarbonat

Seterusnya, cara cuci tilam dengan menabur serbuk bikarbonat di atas seluruh permukaan katil dan biarkan selama beberapa jam (antara 4 sehingga 5 jam).

Lebih lama dibiarkan lebih bagus ia dapat menghilangkan kesan bau yang tertinggal. Selepas beberapa jam, anda akan dapati serbuk soda bikarbonat itu menyerap dan larut bersama kesan cuka yang disembur tadi.

Bau juga akan dapat dihilangkan dengan sepenuhnya !

6. Vakum sekali lagi

Hilangkan kesemua kesan serbuk bikarbonat yang masih tertinggal, anda memerlukan sekali lagi penyedut vakum atau penyapu.

Pastikan anda menyedut atau sapu kesemua kesan debu soda bikarbonat yang masih tertinggal kerana itu salah satu cara cuci tilam yang ramai terlepas pandang.

7. Jemur di bawah matahari

Cara terbaik pengeringan adalah memastikan kedua-dua permukaan dihalakan ke arah cahaya matahari.

Jika hanya sebelah permukaan tilam sahaja dijemur, kemungkinan sebelah lagi permukaan akan menjadi lembap akibat sisa-sisa air sabun dan semburan cuka yang menyerap jauh ke dalam permukaan tilam.

Jemuran di luar rumah adalah cara paling cepat untuk cuci tilam kerana lebih banyak kesan cahaya matahari dapat dihalakan ke tilam.

8. Wangikan Tilam

Cara cuci anda boleh tinggalkan jika tidak berminat dengan bauan wangi. Namun bagi yang berminat, langkah seterusnya adalah mengharumkan tilam anda dengan wangian.

Sembur wangian di atas tilam dan biarkan selama beberapa jam sehingga ia kembali kering.

9. Cadar Tilam

Setelah segalanya sedia, anda boleh meletakkan kembali tilam dengan pelapik cadar dan cadar hiasan yang telah dibersihkan. Begitu juga dengan comforter dan sarung bantal.

 

error: Content is protected !!