Cara Bersihkan Oven : Guna 2 Bahan Ini, Mudahnya!

Musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sangat membosankan dan ramai tidak tahu aktiviti yang hendak dilakukan di rumah, lagi-lagi tidak dapat keluar untuk membeli dan makan diluar seperti sebelum ini. Jika berada dirumah, mungkin boleh belajar cara bersihkan oven setelah berperang di dapur.

Tambahan pula apabila raya menjelang tiba, para ibu terpaksa menunjukkan kehebatan memasak mereka. Pelbagai masakan yang dimasak dimana ada yang menjadi dan ada juga tidak menjadi dan turut menjadi viral apabila di share di group facebook “MASAK APA TAK JADI HARI NI?”

Pelbagai jenis masakan seperti kek, kuih, biskut dan sebagainya menggunakan oven. Jadi, jangan sampai oven busuk, berkarat dan rosak baru sibuk nak cuci ! Setiap kali selepas menggunakan oven, kita mestilah tahu cara bersihkan oven dengan mudah dan mencucinya agar kelihatan seperti oven yang baru dibeli.

Cara Bersihkan Oven

Disini kami ada beberapa tips dan panduan tentang cara bersihkan oven dengan mudah:

    1. Pengguna harus rajin mencuci oven, tidak perlulah sampai membasuh oven tapi sekadar mengelap dan mencuci.
    2. Kadar kekerapan mencuci harus dilakukan sekiranya setiap kali pengguna menggunakan oven tersebut dan jangan tinggalkan sedikitpun kotoran yang melekat di dalam Bahagia oven.
    3. Cuci oven mengunakan kain atau span yang lembut.
    4. Semasa mencuci juga, tidak boleh mencuci dan mengelap dalam keadaan oven tengah panas kerana sudah ada kejadian yang berlaku dimana cermin kaca oven pecah, ini sangat berbahaya. Biarkan oven dalam keadaan sejuk dahulu.

5. Nak mencuci oven tidak susah, hanya mengunakan pencuci semula jadi dan bahan yang sudah ada di dapur.                      Bahannya ialah cuka dan soda bikarbonat. Jangan gunakan sebarang sabun yang mengandungi bahan                              kimia atau klorox kerana boleh menyebabkan oven berkarat.

Cara-cara mencuci oven:

  1. Letakkan air panas ke dalam bekas dan letakkan ke dalam oven. *Disini ini akan berlaku pengewapan
  2. Panaskan oven pada suhu 120 darjah celcius dalam masa 5 minit.
  3. Buka oven dan biarkan ia sejuk.
  4. Campurkan cuka dan soda bikarbonat dalam botol spray dan spray campuran tersebut ke dalam oven, terutama sekali tempat kotoran melekat.
  5. Panaskan balik oven selama 20 minit.
  6. Tunggu sampai oven sejuk dan ambil kain atau span lembut sapukan ke tempat yang ada kotoran dan seluruh dalaman oven.
  7. Semua kotoran akan tertanggal dan oven akan kelihatan bersih.

Mudahkan? Bila oven bersih senang hati untuk menggunakannya selepas ini dan rajin pulak untuk memasak hihihi. Moga tips dan panduan cara bersihkan oven dengan mudah ini berguna buat semua !

PERINGATAN!

  • Semasa mencuci jangan lupa cabut plug dahulu supaya tidak berlaku sebarang kemalangan.
  • Jangan switch on oven jika cermin oven masih basah, pastikan betul-betul kering baru on.
  • Pastikan bahagian dalam oven kering dahulu sebelum digunakan untuk mengelakkan oven berasap dan cermin pecah.
error: Content is protected !!