Cara Bersihkan Dan Tajamkan Mata Blender Dengan Betul

Blender di rumah anda kekuningan akibat kegunaan harian di dapur dan juga berbau bawang/lada kisar dan mata blender tidak lagi tajam? Ingin tahu bagaimana cara bersihkan dan tajamkan mata blender dengan cara yang betul?

Ikuti cara ini untuk bersihkan blender yang kekuningan serta cara tajamkan mata blender.

1. Menggunakan Limau Nipis & Beras

cara bersihkan dan tajamkan mata blender

Bahan-bahan :

  • 1 biji limau nipis
  • 3 sudu makan beras
  • Air secukupnya

Cara-caranya :

  1. Ambil limau nipis. Potong kecil.
  2. Isi air dalam blender dan letakkan sedikit beras di dalamnya.
  3. Masukkan limau nipis tadi dan kisarkan bersama beras.
  4. Kisar selama 15-20 saat, tuang bahan kisaran ke dalam bekas lain dan cuci bersih blender anda.
  5. Gunakan hampas limau tadi untuk bersih blender bahagian dalam dan luar  blender. Ia mampu menghilangkan kesan degil dan bau yang ‘kurang enak’ itu.

2. Menggunakan Cuka

Bahan-bahan :

  • 2 sudu cuka makan
  • 1 cawan air panas

Cara-caranya :

  1. Campurkan kedua-dua bahan tadi dan biarkan di dalam blender selama 15-20 minit.
  2. Kemudian kisar dua bahan tadi hingga blender bersih dan berkilat. Bilas dengan air panas dan keringkan.

Tips Tajamkan Mata Blender

1. Menggunakan Garam Kasar

Bahan-bahan :

1 Mangkuk garam kasar (pastikan garam kering dan tidak berair)

Cara-caranya :

  1. Masukkan garam kasar tersebut ke dalam blender dan kisar sehingga garam menjadi halus.
  2. Keluarkan garam tersebut dan bersih blender anda. Hasilnya mata blender anda akan lebih tajam dari sebelum ini.

*Bersih blender dan tajamkan mata blender sekurang-kurang 2 kali dalam sebulan.

Moga cara ini berguna buat semua!

error: Content is protected !!